Tulis & Lukis Ku
Ketika aku menulis
aku sedang memahat
suatu peradaban
akan kutulis rahasia alam
jika terdaya akan kulukis
sebagai pameran
agar publik bisa
datang ke galeri
melihat dan mentafsir makna
sebuah lukisan yang klasik
sangat abstrak,instrintik & futuristik
sebuah lukisan di atas kanvas
dengan beraneka watakala
akrilik dan minyak
penuh warna warni.
Bukan untuk di kagumi
Hanya untuk di mengerti.
Membela Tuhan yang Ahad
Berjuta-juta umat berteriak,
kami pembela agama
kami sanggup mati kerana agama
sadisnya, yang dibela adalah;
pertubuhannya
organisasinya
mazhabnya
pesantrennya
pelaburannya
kelompoknya
umat penuh emosi dan gensi
berikrar,sanggup berperang dengan
perjuangan masing-masing…kononnya!
yang mengklaim-kami yang benar!
sinisnya, masih banyak yang rompong
yang bersalah-salah fahaman
dalam bab yang usulihim , ada yang furu’ihim
masing-masing bergelut dari abad ke abad
yang kelihatan seumpama buih di lautan
itulah yang sabdakan Nabi saw,
Jom kita kilas-kembali sejarah historis
ketika Raja Abraha hendak meruntuhkan Kaabah
Abraha menemui Pembesar Quraisy Abdul Muttalib,
tokoh yang sangat berwibawa dirampasnya
segala unta-unta ternakan beliau.
Dipanggil Abdul Muttalib mengadap baginda;
Wahai Abdul Muttalib, Aku ingin merobohkankan
Kaabah, apakah bantahan kamu dan katakan
apa yang kamu mahu?
Dijawab dengan pantas oleh Abdul Muttalib(AM);
kembalikan unta-unta ku (banyak)
tertawa Abraha ; Aku ingatkan kamu seorang yang berwibawa dan penjaga Kaabah akan memprotes ,
kamu cuma mahu unta-untamu?
dijawab Abdul Muttalib(AM);
unta-unta itu hak milik aku-aku yang punya,
Kaabah aku penjaganya tetapi ada ‘tuannya’
Dia pasti akan menjaganya.
begitu haqqul-Yakin Abdul Muttalib
begitu padu ‘imannya’ Abdul Muttalib
Abraha setuju dan mengembalikan unta-unta
Abdul Muttalib
kemudian Abdul Muttalib mengajak kaumnya untuk naik ke bukit untuk melihat apa yang akan terjadi.
Dengan takdir yang sudah ditetapkan
Tentera-tentera bergajah Abraha dihujani batu berapi
oleh burung-burung ababil-tentera “tuan-punya” Kaabah
gagal niat dan hasrat Abraha .
Umat lupa bahawa ‘agama’ adalah jalan,
tariqah & wasilah, untuk mengenal Tuhan
Tuhan yang bernama ‘Allah’
al wahidul Ahad
lam ya lid walam yu lad
walam yaqullahu Kufuwan Ahad
Buangkan Emosi Hilangkan Gengsi Murnikan Tauhid itu yang Hakiki
Samakah puisi sufi dengan syair percintaan dunia
atau syair religius
yang sering diqasidahkan?
Ritmenya sama tapi visinya berbeda, ah!
Kutampilkan secebis contoh
merubah rencah hidangan
biar lebih sinis dan magis,
Syair urusan cinta dunia;
Kekasihku,
engkau paling kusayang
Dalam tidur engkau terbayang
Di lubuk hatiku engkau datang
Cintaku hanya engkau seorang.
Bersifat religius,
Telahku kunjungi Baitullah
Bertawaf mengelilingi Kaabah
Kulaksanakan semua perintah
Mengharap syurgaMu ya Allah.
Bersifat spiritual-puisi sufi;
Kekasihku, aku cinta dan rindu
Biar engkau potong leherku
Jasadku menjadi abu dan debu
Biarlah, asal Engkau bersamaku.
Aksara dan bait tersusun
sama dan rapi
tetapi syair sufi
penuh estetika ,
yang majaz dan metafora
kerohaniannya melampaui
batas fikir,
namun ia tetap
kekal dan unggul.
Hanya ‘jauhari yang kenal manikam’.
Ilustrasi: Kalikuma Studio

Seorang graduan perakaunan dari ITM (Uitm), Shah Alam berpengalaman dalam bidang pentadbiran & perbankan. Pernah berkhidmat dengan UDA, MARA, & BANK ISLAM





